jump to navigation

Orang Muda Beli Rumah 1 12 February,2008

Posted by zikrishairy in housing.
Tags:
trackback

rumah 1

Kerapkali saya dikunjungi pelanggan-pelanggan muda untuk memohon pembiayaan perumahan. Biasanya saya bertanya, “Nak beli rumah under construction atau subsale?”

Kebanyakan orang muda bercitarasa tinggi (termasuk juga saya). Majoriti pelanggan muda saya ingin memiliki rumah baru yang masih di dalam pembinaan. Bagi saya, sebabnya hanya satu. Kebanyakan rumah under construction kini memenuhi citarasa dan kehendak pembeli-pembeli muda ini. Apa yang pembeli-pembeli muda inginkan?

a) Rekabentuk binaan yang moden dan kontemporari,

b) Pakej promosi yang ditawarkan pihak pemaju, dan

c) Lokasi yang strategik.

Namun begitu, terdapat beberapa risiko dalam membeli rumah under construction ini. Antara risiko yang utama ialah “PROJEK TERBENGKALAI”! Jadi, untuk menguruskan risiko ini, pastikan anda terlebih dahulu mengenali syarikat pemaju anda.

Adakah ianya syarikat terkenal seperti MK Land, Glomac dan Sunway? Atau syarikat yang bereputasi tinggi yang popular di lokaliti anda (jika di lokaliti saya antaranya ialah Changkat Jering Maju Sdn. Bhd.)? Ataupun syarikat ABC Sdn Bhd yang baru pertama kali melancarkan projek perumahan?

Terpulang kepada kebijaksanaan anda untuk menilai. Banyakkan bertanya orang-orang lama yang berpengalaman di tempat anda. 

Comments»

No comments yet — be the first.