Make it Happen! 23 July,2008
Posted by zikrishairy in Uncategorized.trackback
“Make it Happen!” Ungkapan yang sangat sinonim dilaungkan ketika saya aktif berbisnes di dalam sebuah syarikat multilevel marketing yang berpangkalan di Australia 5 tahun yang lalu. Ketika itu saya masih menuntut dalam tahun 1 di Kampus Sungai Pusu UIA, Gombak. Ketika itu baru setahun jagung mengenali dunia perniagaan yang sebenar.
Ungkapan tersebut sebenarnya sangat signifikan. Ia menentukan Habit of Execution kita, bagaimana kita memasang sesuatu impian kemudian kita melaksanakan semua perancangan & strategi untuk mencapai impian tersebut.
Ramai orang mempunyai impian besar tetapi tak ramai yang berusaha untuk mencapainya. Akhirnya impian tersebut hanyalah angan-angan kosong.
Cuba kita renungkan adakah kita termasuk di dalam kategori tersebut? Tepuk dada, tanya iman.
update2..make it happen..huhu