jump to navigation

Ekspo Hartanah! 25 October,2008

Posted by zikrishairy in housing, real property investment.
add a comment

Bagi anda yang berminat dalam pelaburan hartanah, jom jalan-jalan cari ilmu di:

1. SMART INVESTMENT & INTERNATIONAL PROPERTY EXPO

Tarikh: 8 – 9 November 2008

Tempat: Kuala Lumpur Convention Centre, KLCC

Web: www.smartexpos.com

 

2. MALAYSIA INTERNATIONAL PROPERTY SHOWCASE 2008

Tarikh: 5 – 7 Disember 2008

Tempat: PWTC, Kuala Lumpur

 

3. MALAYSIA INTERNATIONAL PROPERTY SHOWCASE 2009

Tarikh: 1 – 4 Januari 2009

Tempat: Midvalley Exhibition Centre

Perbankan Islam: Iltizam dan Barakah Bekal Menghadapi Krisis Ekonomi 22 October,2008

Posted by zikrishairy in Islamic Banking.
add a comment
Headnote: Cuba klik link “UK Islamic Bank Serves More Non-Muslim”. Tatkala kebanyakan bank konvensional parah menghadapi kesan krisis ekonomi global, Islamic Bank of Britain mencatat peningkatan 5% jumlah pelanggan dan perkembangan sebanyak 13% dalam segmen pembiayaan pelanggannya.

Ini suatu dalil ‘aqli yang mampu menyedarkan masyarakat. Fakta ini juga mampu memberi semangat kepada pengamal perbankan Islam bukan sahaja di Malaysia malah juga di serata dunia.

Allah s.w.t. telah menyebut di dalam Al-Quran:

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah saki-baki riba itu jika benar kamu orang-orang yang beriman. Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu akan ada peperangan dari Allah dan RasulNya (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu (dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.” [Al-Baqarah: 278-279]

LARIBA BANK 26 July,2008

Posted by zikrishairy in Uncategorized.
add a comment

Nama-nama perbankan Islam di Malaysia seperti Bank Muamalat dan Bank Islam bukan lagi asing pada masyarakat Malaysia. Kesungguhan Kerajaan dalam mengangkat prestij perbankan Islam di negara ini ditambah dengan sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat telah menggamit minat bank-bank Islam dari luar untuk bertapak di Malaysia. Antaranya termasuklah:

1. Ar-Rajhi Bank

2. Kuwait Finance House

3. Asian Finance Bank

Ini belum ditambah dengan bank-bank konvensional Malaysia yang mula mengorak langkah menubuhkan subsidiari perbankan Islam masing-masing. Antaranya Maybank Islamic, CIMB Islamic, AmIslamic Bank, Hong Leong Islamic Bank, RHB Islamic Bank dan banyak lagi.

Itu senario industri perbankan Islam di Malaysia. Sembang-sembang bersama sifu Roslan petang tadi membawa kami kepada perbincangan tentang perbankan Islam di peringkat antarabangsa. Ada banyak perbankan Islam di seluruh dunia, termasuklah di Amerika. Bank yang terkenal di Amerika ialah LARIBA AMERICAN FINANCE HOUSE.

Dalam bahasa Arab, La=tiada dan Riba=interest. Dalam bahasa Inggeris disebut ‘Zero Interest Bank’. Menurut sifu Roslan, di Barat, mereka lebih suka menggunakan ‘zero interest bank’ untuk merujuk kepada perbankan Islam.

Memasarkan perbankan Islam memerlukan metodologi kreatif untuk menarik minat masyarakat setempat. Samalah juga seperti berdakwah. Tidak dinafikan masih ramai yang skeptikal dengan bank-bank Islam sedangkan perbankan Islam ternyata lebih telus, selamat dan melindungi kepentingan pelanggan.

Maka kini menjadi tanggungjawab fardhiyyah ke atas setiap individu staf bank-bank Islam dalam memasarkan produk-produk perbankan Islam dengan niat yang suci iaitu untuk menegakkan sistem ekonomi Allah di atas muka bumi ini. Insya-Allah.

Make it Happen! 23 July,2008

Posted by zikrishairy in Uncategorized.
1 comment so far

“Make it Happen!” Ungkapan yang sangat sinonim dilaungkan ketika saya aktif berbisnes di dalam sebuah syarikat multilevel marketing yang berpangkalan di Australia 5 tahun yang lalu. Ketika itu saya masih menuntut dalam tahun 1 di Kampus Sungai Pusu UIA, Gombak. Ketika itu baru setahun jagung mengenali dunia perniagaan yang sebenar.

Ungkapan tersebut sebenarnya sangat signifikan. Ia menentukan Habit of Execution kita, bagaimana kita memasang sesuatu impian kemudian kita melaksanakan semua perancangan & strategi untuk mencapai impian tersebut.

Ramai orang mempunyai impian besar tetapi tak ramai yang berusaha untuk mencapainya. Akhirnya impian tersebut hanyalah angan-angan kosong.

Cuba kita renungkan adakah kita termasuk di dalam kategori tersebut? Tepuk dada, tanya iman.

Counter Strike Live: Laser Tag Malaysia 14 July,2008

Posted by zikrishairy in leadership, mind investment, motivation & training, Uncategorized.
Tags:
4 comments

Anda pernah bermain permainan video Counter Strike? Atau pernah bermain paintball? Santaikan sekejap minda anda yang telah penat bekerja!

Saya dijemput untuk menyertai permainan CS Live pada Jumaat lepas di Bukit Kinding Resort, Perak oleh rakan-rakan niaga.

Pada mulanya saya dimaklumkan ianya adalah permainan paintball, tetapi menggunakan laser. “Ahh! Macam mana tu? Paintball guna laser?”

Permainan tersebut sangat menarik! Bagi ekstremis paintball, CS Live tidak perlu menggunakan kelengkapan seperti google & baju khas. Sekadar berpakaian ala-ala tentera anda sudah boleh memikul senapang yang dibekalkan.

Yang menariknya, permainan ini menguji kecekapan anda sebagai ‘tentera’. Anda akan mengasah taktikal perperangan anda untuk mengalahkan pasukan lawan: taktik serang hendap, ofensif dan defensif semuanya boleh diaplikasikan. Pembaca-pembaca The Art of War yang dikarang oleh Sun Tzu sudah tentu akan obses dengan permainan ini jika mereka dapat mempraktikkan falsafah perang Sun Tzu.

Selamat mencuba!