jump to navigation

Tahun 2008M, 1429H 20 January,2008

Posted by zikrishairy in Uncategorized.
add a comment

Alhamdulillah. Akhirnya saya kembali ke arena blog yang telah lama saya tinggalkan. (Lihat http://zikri.blogspot.com)

Berbeza dengan zaman lampau…kini saya menulis bersama isteri tercinta. Menulis dengan tema yang berbeza. Menulis dari sebuah daerah yang jauh dari hiruk pikuk metropolitan Kuala Lumpur.

Bukan mudah untuk mengembalikan semula semangat berblog. Kerapkali Amin Idris (lihat: www.aminidris.com) mengusik saya tentang blog lama yang telah sunyi tidak dikemaskini. Akhirnya keazaman itu muncul kembali di ambang 1429H yang lalu. Insya-Allah, saya dan isteri akan terus menulis dengan tema:

“Pelaburan minda, pelaburan kewangan, pelaburan Akhirat”