jump to navigation

Jom Melabur di ‘Hot Spot’ Lembah Klang! 16 February,2008

Posted by zikrishairy in real property investment.
trackback

Baru-baru ini saya telah meninjau beberapa property menarik di Lembah Klang untuk tujuan pelaburan. Fokus saya samada shoplot/shopoffice/shophouse yang terletak di tempat hangat membangun di sana.

Ada 2 properties yang menarik perhatian saya. 1) Shoplot di sebuah kompleks membeli-belah yang bakal dibina berhampiran Cheras. 2) Shoplot di Neo Damansara, kompleks membeli-belah yang sedang dibina di Damansara Perdana.

Kedua-duanya menarik. Yang membezakan adalah:

1. Harga

2. Lokasi

Sudah tentu Neo Damansara mempunyai harga yang menarik dan terletak dalam lokasi segitiga emas Petaling Jaya. Anda bayangkan harga minimum seunit shoplot di Cheras tadi hanyalah dalam RM128,000. Tetapi di Neo Damansara anda boleh dapat harga yang paling minimum pada RM408,000. Malah…pakej yang ditawarkan oleh pemaju dan bank di Neo Damansara adalah yang paling menarik.

Setelah kira dan congak:

1. Saya hanya perlu keluarkan modal permulaan lebih kurang RM9,000 sahaja untuk membeli seunit lot kedai berharga RM900,000.

2. Bank’s monthly instalment=RM5,000 (hanya mula bayar setelah siap pembinaan)

3. Kadar sewaan lot kedai tersebut boleh mencecah sehingga RM10,000 sebulan.

Saya bukan salesperson untuk projek Neo Damansara. Penerangan saya di atas sekadar untuk menarik perhatian para ‘jutawan senyap’ di kalangan Bumiputera untuk mengintai peluang pelaburan dalam hartanah yang berkualiti di Lembah Klang. 

Comments»

1. abahfateh - 17 February,2008

yang cheras tue kat mana? boleh specific sikit? besar bila sebut cheras tue.. 🙂

2. Zikri Shairy - 17 February,2008

Betul tu, terlupa pula saya nak sebut. Em, seingat saya berhampiran dengan Shamelin Perkasa


Leave a comment