jump to navigation

LARIBA BANK 26 July,2008

Posted by zikrishairy in Uncategorized.
add a comment

Nama-nama perbankan Islam di Malaysia seperti Bank Muamalat dan Bank Islam bukan lagi asing pada masyarakat Malaysia. Kesungguhan Kerajaan dalam mengangkat prestij perbankan Islam di negara ini ditambah dengan sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat telah menggamit minat bank-bank Islam dari luar untuk bertapak di Malaysia. Antaranya termasuklah:

1. Ar-Rajhi Bank

2. Kuwait Finance House

3. Asian Finance Bank

Ini belum ditambah dengan bank-bank konvensional Malaysia yang mula mengorak langkah menubuhkan subsidiari perbankan Islam masing-masing. Antaranya Maybank Islamic, CIMB Islamic, AmIslamic Bank, Hong Leong Islamic Bank, RHB Islamic Bank dan banyak lagi.

Itu senario industri perbankan Islam di Malaysia. Sembang-sembang bersama sifu Roslan petang tadi membawa kami kepada perbincangan tentang perbankan Islam di peringkat antarabangsa. Ada banyak perbankan Islam di seluruh dunia, termasuklah di Amerika. Bank yang terkenal di Amerika ialah LARIBA AMERICAN FINANCE HOUSE.

Dalam bahasa Arab, La=tiada dan Riba=interest. Dalam bahasa Inggeris disebut ‘Zero Interest Bank’. Menurut sifu Roslan, di Barat, mereka lebih suka menggunakan ‘zero interest bank’ untuk merujuk kepada perbankan Islam.

Memasarkan perbankan Islam memerlukan metodologi kreatif untuk menarik minat masyarakat setempat. Samalah juga seperti berdakwah. Tidak dinafikan masih ramai yang skeptikal dengan bank-bank Islam sedangkan perbankan Islam ternyata lebih telus, selamat dan melindungi kepentingan pelanggan.

Maka kini menjadi tanggungjawab fardhiyyah ke atas setiap individu staf bank-bank Islam dalam memasarkan produk-produk perbankan Islam dengan niat yang suci iaitu untuk menegakkan sistem ekonomi Allah di atas muka bumi ini. Insya-Allah.

Make it Happen! 23 July,2008

Posted by zikrishairy in Uncategorized.
1 comment so far

“Make it Happen!” Ungkapan yang sangat sinonim dilaungkan ketika saya aktif berbisnes di dalam sebuah syarikat multilevel marketing yang berpangkalan di Australia 5 tahun yang lalu. Ketika itu saya masih menuntut dalam tahun 1 di Kampus Sungai Pusu UIA, Gombak. Ketika itu baru setahun jagung mengenali dunia perniagaan yang sebenar.

Ungkapan tersebut sebenarnya sangat signifikan. Ia menentukan Habit of Execution kita, bagaimana kita memasang sesuatu impian kemudian kita melaksanakan semua perancangan & strategi untuk mencapai impian tersebut.

Ramai orang mempunyai impian besar tetapi tak ramai yang berusaha untuk mencapainya. Akhirnya impian tersebut hanyalah angan-angan kosong.

Cuba kita renungkan adakah kita termasuk di dalam kategori tersebut? Tepuk dada, tanya iman.

Counter Strike Live: Laser Tag Malaysia 14 July,2008

Posted by zikrishairy in leadership, mind investment, motivation & training, Uncategorized.
Tags:
4 comments

Anda pernah bermain permainan video Counter Strike? Atau pernah bermain paintball? Santaikan sekejap minda anda yang telah penat bekerja!

Saya dijemput untuk menyertai permainan CS Live pada Jumaat lepas di Bukit Kinding Resort, Perak oleh rakan-rakan niaga.

Pada mulanya saya dimaklumkan ianya adalah permainan paintball, tetapi menggunakan laser. “Ahh! Macam mana tu? Paintball guna laser?”

Permainan tersebut sangat menarik! Bagi ekstremis paintball, CS Live tidak perlu menggunakan kelengkapan seperti google & baju khas. Sekadar berpakaian ala-ala tentera anda sudah boleh memikul senapang yang dibekalkan.

Yang menariknya, permainan ini menguji kecekapan anda sebagai ‘tentera’. Anda akan mengasah taktikal perperangan anda untuk mengalahkan pasukan lawan: taktik serang hendap, ofensif dan defensif semuanya boleh diaplikasikan. Pembaca-pembaca The Art of War yang dikarang oleh Sun Tzu sudah tentu akan obses dengan permainan ini jika mereka dapat mempraktikkan falsafah perang Sun Tzu.

Selamat mencuba!

Rumah: Adakah aset sebenar? 10 July,2008

Posted by zikrishairy in housing, motivation & training, real property investment, Uncategorized.
add a comment

Saya baru sahaja menerima buku terbaru yang ditempah di MPH Online semalam: RICH DAD’s Increase Your Financial IQ (Get Smarter with Your Money) tulisan Robert T. Kiyosaki.

Sinopsis di kulit belakang buku terbaru Kiyosaki ini mengulas tentang kontroversi yang berlaku pada tahun 1997 apabila Kiyosaki pertama kali melancarkan bukunya yang paling popular, RICH DAD POOR DAD. Ketika itu Kiyosaki menyatakan bahawa “Your home is not an asset”. Protes berlaku di kalangan yang menentang idea Kiyosaki tersebut.

Pada tahun 2007, ramai rakyat Amerika yang membuka mata terhadap idea Kiyosaki pada tahun 2007 tersebut. Krisis subprima yang melanda USA menyaksikan kejatuhan nilai hartanah, banyak rumah yang dilelong.

Hari ini ramai yang sedar bahawa rumah boleh menjadi liabiliti kepada kita. Nilai pasarannya boleh naik dengan mendadak dan tidak mustahil juga boleh merudum secara tiba-tiba.

Menurut Kiyosak, yang terpenting dalam pelaburan ialah kebijaksanaan kewangan kita. Our financial intelligence. Bagaimana kita meningkatkan kemahiran kewangan kita. Ilmu ini tidak diajar secara formal di sekolah-sekolah di Malaysia.

Buku terbaru Kiyosaki ini mengandungi 10 bab semuanya:

1. What is financial intelligence

2. The 5 Financial IQs

3. Financial IQ#1: Making more money

4. Financial IQ#2: Protecting your money

5. Financial IQ#3: Budgeting your money

6. Financial IQ#4: Leveraging your money

7. Financial IQ#5: Improving your financial information

8. The integrity of money

9. Developing your financial genius

10. Developing your financial IQ: some practical applications.

Ianya sebuah buku yang anda mesti baca untuk meningkat kebijaksanaan kewangan anda.

Pakej Pembiayaan Rumah-i Bank Muamalat 5 July,2008

Posted by zikrishairy in real property investment.
2 comments

Mulai Julai 2008 ini, blog saya akan memaparkan pakej pembiayaan rumah-i daripada bank-bank terpilih. Untuk bulan ini saya memilih pakej pembiayaan terkini yang ditawarkan oleh Bank Muamalat kepada seluruh pelanggan yang berminat.

Pakej ini meliputi 5 kategori (completed residential property) yang jumlah pembiayaannya RM100,000 dan ke atas:

1. Subsale (pembelian rumah dari pihak ketiga)

2. Refinancing (pembiayaan semula)

3. Remortgage (bagi rumah yang telah bebas dari cagaran Bank)

4. Second mortgage (untuk pelanggan pembiayaan rumah sedia ada bersama BMMB)

5. Rumah siap dibina yang dibeli dari pemaju perumahan (telah mendapat CF)

Setelah saya meneliti pakej ini, menarik juga tawaran yang diberikan. Antaranya:

1. Margin pembiayaan sehingga 95%

2. MRTT dan LTHT dibiayai 100% oleh pihak Bank

3. Zero Entry Cost untuk dokumentasi guaman dan yuran penilaian

4. Servis termesra daripada pihak BMMB (saya memandang penting hal ini bila berurusniaga) 

Kadar keuntungan Bank yang dikenakan juga agak kompetitif. Untuk maklumat lanjut sila ke laman web www.muamalat.com.my (semua di atas adalah

tertakluk kepada terma & syarat BMMB)