jump to navigation

Ekspo Hartanah! 25 October,2008

Posted by zikrishairy in housing, real property investment.
add a comment

Bagi anda yang berminat dalam pelaburan hartanah, jom jalan-jalan cari ilmu di:

1. SMART INVESTMENT & INTERNATIONAL PROPERTY EXPO

Tarikh: 8 – 9 November 2008

Tempat: Kuala Lumpur Convention Centre, KLCC

Web: www.smartexpos.com

 

2. MALAYSIA INTERNATIONAL PROPERTY SHOWCASE 2008

Tarikh: 5 – 7 Disember 2008

Tempat: PWTC, Kuala Lumpur

 

3. MALAYSIA INTERNATIONAL PROPERTY SHOWCASE 2009

Tarikh: 1 – 4 Januari 2009

Tempat: Midvalley Exhibition Centre

Advertisements

Rumah: Adakah aset sebenar? 10 July,2008

Posted by zikrishairy in housing, motivation & training, real property investment, Uncategorized.
add a comment

Saya baru sahaja menerima buku terbaru yang ditempah di MPH Online semalam: RICH DAD’s Increase Your Financial IQ (Get Smarter with Your Money) tulisan Robert T. Kiyosaki.

Sinopsis di kulit belakang buku terbaru Kiyosaki ini mengulas tentang kontroversi yang berlaku pada tahun 1997 apabila Kiyosaki pertama kali melancarkan bukunya yang paling popular, RICH DAD POOR DAD. Ketika itu Kiyosaki menyatakan bahawa “Your home is not an asset”. Protes berlaku di kalangan yang menentang idea Kiyosaki tersebut.

Pada tahun 2007, ramai rakyat Amerika yang membuka mata terhadap idea Kiyosaki pada tahun 2007 tersebut. Krisis subprima yang melanda USA menyaksikan kejatuhan nilai hartanah, banyak rumah yang dilelong.

Hari ini ramai yang sedar bahawa rumah boleh menjadi liabiliti kepada kita. Nilai pasarannya boleh naik dengan mendadak dan tidak mustahil juga boleh merudum secara tiba-tiba.

Menurut Kiyosak, yang terpenting dalam pelaburan ialah kebijaksanaan kewangan kita. Our financial intelligence. Bagaimana kita meningkatkan kemahiran kewangan kita. Ilmu ini tidak diajar secara formal di sekolah-sekolah di Malaysia.

Buku terbaru Kiyosaki ini mengandungi 10 bab semuanya:

1. What is financial intelligence

2. The 5 Financial IQs

3. Financial IQ#1: Making more money

4. Financial IQ#2: Protecting your money

5. Financial IQ#3: Budgeting your money

6. Financial IQ#4: Leveraging your money

7. Financial IQ#5: Improving your financial information

8. The integrity of money

9. Developing your financial genius

10. Developing your financial IQ: some practical applications.

Ianya sebuah buku yang anda mesti baca untuk meningkat kebijaksanaan kewangan anda.

Orang Muda Beli Rumah 2 17 February,2008

Posted by zikrishairy in housing.
add a comment

home

 2 persediaan asas yang perlu diberi perhatian sebelum anda membuat keputusan membeli rumah sendiri:

1. wang tempahan / deposit 10% daripada harga rumah

Banyak buku yang dijual di pasaran mencadangkan beberapa langkah untuk menyediakan wang tempahan atau deposit 10% ini termasuk buku yang ditulis oleh Azizi Ali.

Cara yang terbaik adalah melalui duit simpanan sendiri ataupun pengeluaran KWSP. Tak perlu memohon pinjaman peribadi.

 2. yuran guaman

Yuran guaman biasanya merangkumi:

a)      Perjanjian jual beli

b)      Legal documentation pihak bank

c)      Duti setem untuk proses pindahmilik dan gadaian.

Namun begitu, jangan lupa terdapat bank-bank yang menawarkan pakej Zero Entry Cost (atau istilah lain seperti Free Moving Cost, dll) apabila anda memohon pembiayaan dengan bank tersebut. Dalam pakej ini pihak bank akan mebiayai atau menyerap kos guaman anda mengikut polisi bank terbabit.

Inilah 2 perkara paling asas yang perlu anda sediakan sebelum membeli rumah.    

Orang Muda Beli Rumah 1 12 February,2008

Posted by zikrishairy in housing.
Tags:
add a comment

rumah 1

Kerapkali saya dikunjungi pelanggan-pelanggan muda untuk memohon pembiayaan perumahan. Biasanya saya bertanya, “Nak beli rumah under construction atau subsale?”

Kebanyakan orang muda bercitarasa tinggi (termasuk juga saya). Majoriti pelanggan muda saya ingin memiliki rumah baru yang masih di dalam pembinaan. Bagi saya, sebabnya hanya satu. Kebanyakan rumah under construction kini memenuhi citarasa dan kehendak pembeli-pembeli muda ini. Apa yang pembeli-pembeli muda inginkan?

a) Rekabentuk binaan yang moden dan kontemporari,

b) Pakej promosi yang ditawarkan pihak pemaju, dan

c) Lokasi yang strategik.

Namun begitu, terdapat beberapa risiko dalam membeli rumah under construction ini. Antara risiko yang utama ialah “PROJEK TERBENGKALAI”! Jadi, untuk menguruskan risiko ini, pastikan anda terlebih dahulu mengenali syarikat pemaju anda.

Adakah ianya syarikat terkenal seperti MK Land, Glomac dan Sunway? Atau syarikat yang bereputasi tinggi yang popular di lokaliti anda (jika di lokaliti saya antaranya ialah Changkat Jering Maju Sdn. Bhd.)? Ataupun syarikat ABC Sdn Bhd yang baru pertama kali melancarkan projek perumahan?

Terpulang kepada kebijaksanaan anda untuk menilai. Banyakkan bertanya orang-orang lama yang berpengalaman di tempat anda.