jump to navigation

Counter Strike Live: Laser Tag Malaysia 14 July,2008

Posted by zikrishairy in leadership, mind investment, motivation & training, Uncategorized.
Tags:
4 comments

Anda pernah bermain permainan video Counter Strike? Atau pernah bermain paintball? Santaikan sekejap minda anda yang telah penat bekerja!

Saya dijemput untuk menyertai permainan CS Live pada Jumaat lepas di Bukit Kinding Resort, Perak oleh rakan-rakan niaga.

Pada mulanya saya dimaklumkan ianya adalah permainan paintball, tetapi menggunakan laser. “Ahh! Macam mana tu? Paintball guna laser?”

Permainan tersebut sangat menarik! Bagi ekstremis paintball, CS Live tidak perlu menggunakan kelengkapan seperti google & baju khas. Sekadar berpakaian ala-ala tentera anda sudah boleh memikul senapang yang dibekalkan.

Yang menariknya, permainan ini menguji kecekapan anda sebagai ‘tentera’. Anda akan mengasah taktikal perperangan anda untuk mengalahkan pasukan lawan: taktik serang hendap, ofensif dan defensif semuanya¬†boleh diaplikasikan. Pembaca-pembaca¬†The Art of War yang dikarang oleh Sun Tzu sudah tentu akan obses dengan permainan ini jika mereka dapat mempraktikkan falsafah perang Sun Tzu.

Selamat mencuba!

Advertisements