jump to navigation

Pentingnya khidmat pelanggan (customer service) yang baik 15 February,2008

Posted by zikrishairy in sales&marketing.
1 comment so far

Oopss…sebelum berbicara tentang tajuk entri ini, izinkan dulu pesanan penaja: “Untuk usahawan muda yang baru mula menceburi bidang perniagaan, ada satu laman web bermanfaat mengenai jualan & pemasaran (sales & marketing). Cuba klik About.Com: Marketing

customerservice.jpg

Apa perasaan anda apabila pergi ke sebuah kedai dan anda dilayan buruk oleh pekedai tersebut? Tiada langsung kemesraan malah memarahi anda. Jika anda manusia normal, sedikit sebanyak anda akan berasa tidak puas hati. Rasa nak marah, sumpah seranah. Semuanya ada.

Begitulah perasaan seorang pelanggan. Seorang pelanggan inginkan servis yang terbaik dan memenuhi hatinya apabila berurusniaga dengan seorang peniaga.

Lihat saja contoh dalam industri perniagaan makanan segera. KFC, Pizza Hut, McDonalds, Burger King dan banyak lagi. Masing-masing bersaing dalam menawarkan produk dan servis yang terbaik kepada pelanggan. Khidmat pelanggan yang terbaik amatlah penting dalam sesuatu perniagaan. Dari sekecil-kecil perniagaan sehinggalah sebesar-besar perniagaan.

Fikir-fikirkan. Adakah perniagaan anda mengamalkan khidmat pelanggan yang baik? Jika anda sudah bermula dengan diri anda, adakah pekerja/kakitangan perniagaan anda turut mengamalkannya?

Baca: Easy ‘come in’, but will customers return?

Advertisements