jump to navigation

Rumah: Adakah aset sebenar? 10 July,2008

Posted by zikrishairy in housing, motivation & training, real property investment, Uncategorized.
add a comment

Saya baru sahaja menerima buku terbaru yang ditempah di MPH Online semalam: RICH DAD’s Increase Your Financial IQ (Get Smarter with Your Money) tulisan Robert T. Kiyosaki.

Sinopsis di kulit belakang buku terbaru Kiyosaki ini mengulas tentang kontroversi yang berlaku pada tahun 1997 apabila Kiyosaki pertama kali melancarkan bukunya yang paling popular, RICH DAD POOR DAD. Ketika itu Kiyosaki menyatakan bahawa “Your home is not an asset”. Protes berlaku di kalangan yang menentang idea Kiyosaki tersebut.

Pada tahun 2007, ramai rakyat Amerika yang membuka mata terhadap idea Kiyosaki pada tahun 2007 tersebut. Krisis subprima yang melanda USA menyaksikan kejatuhan nilai hartanah, banyak rumah yang dilelong.

Hari ini ramai yang sedar bahawa rumah boleh menjadi liabiliti kepada kita. Nilai pasarannya boleh naik dengan mendadak dan tidak mustahil juga boleh merudum secara tiba-tiba.

Menurut Kiyosak, yang terpenting dalam pelaburan ialah kebijaksanaan kewangan kita. Our financial intelligence. Bagaimana kita meningkatkan kemahiran kewangan kita. Ilmu ini tidak diajar secara formal di sekolah-sekolah di Malaysia.

Buku terbaru Kiyosaki ini mengandungi 10 bab semuanya:

1. What is financial intelligence

2. The 5 Financial IQs

3. Financial IQ#1: Making more money

4. Financial IQ#2: Protecting your money

5. Financial IQ#3: Budgeting your money

6. Financial IQ#4: Leveraging your money

7. Financial IQ#5: Improving your financial information

8. The integrity of money

9. Developing your financial genius

10. Developing your financial IQ: some practical applications.

Ianya sebuah buku yang anda mesti baca untuk meningkat kebijaksanaan kewangan anda.

Advertisements

Pakej Pembiayaan Rumah-i Bank Muamalat 5 July,2008

Posted by zikrishairy in real property investment.
2 comments

Mulai Julai 2008 ini, blog saya akan memaparkan pakej pembiayaan rumah-i daripada bank-bank terpilih. Untuk bulan ini saya memilih pakej pembiayaan terkini yang ditawarkan oleh Bank Muamalat kepada seluruh pelanggan yang berminat.

Pakej ini meliputi 5 kategori (completed residential property) yang jumlah pembiayaannya RM100,000 dan ke atas:

1. Subsale (pembelian rumah dari pihak ketiga)

2. Refinancing (pembiayaan semula)

3. Remortgage (bagi rumah yang telah bebas dari cagaran Bank)

4. Second mortgage (untuk pelanggan pembiayaan rumah sedia ada bersama BMMB)

5. Rumah siap dibina yang dibeli dari pemaju perumahan (telah mendapat CF)

Setelah saya meneliti pakej ini, menarik juga tawaran yang diberikan. Antaranya:

1. Margin pembiayaan sehingga 95%

2. MRTT dan LTHT dibiayai 100% oleh pihak Bank

3. Zero Entry Cost untuk dokumentasi guaman dan yuran penilaian

4. Servis termesra daripada pihak BMMB (saya memandang penting hal ini bila berurusniaga) 

Kadar keuntungan Bank yang dikenakan juga agak kompetitif. Untuk maklumat lanjut sila ke laman web www.muamalat.com.my (semua di atas adalah

tertakluk kepada terma & syarat BMMB)

3-Es to become a Sophisticated Investor 4 July,2008

Posted by zikrishairy in Uncategorized.
1 comment so far

Menurut Rich Dad; seorang pelabur yang sofistikated perlu ada 3 elemen penting:

1. Education (pengetahuan dalam financial literacy)

2. Experience (pengalaman)

3. Excessive cash (lebihan tunai)

Alhamdulillah. Apabila saya berpindah ke Ipoh saya telah berkenalan dengan Encik Roslan, seorang yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang pelaburan hartanah dan mutual fund. Kini beliau menjadi guru saya dalam pelaburan hartanah dan mutual fund. Memang benar, kita boleh memperolehi ilmu berkaitan pelaburan melalui pembacaan yang pelbagai. Namun, kita perlu ada GURU yang boleh membimbing kita berdasarkan ilmu dan pengalamannya.

Setelah 3 bulan… 4 July,2008

Posted by zikrishairy in Uncategorized.
add a comment

Alhamdulillah. Setelah 3 bulan mengharungi pelbagai peristiwa saya dapat kembali menulis di blog ini. April, Mei dan Jun: Pindah cawangan, pindah rumah dan menyambut kelahiran putera sulung menyebabkan saya mengambil masa sedikit panjang untuk melakukan migrasi akaun streamyx TM saya ke kediaman baru.

Tahniah kepada sahabat-sahabat saya yang telah selamat diijabkabulkan: Pakdi dan Ustaz Termizi. Moga kekal bahagia ke syurga, insya-Allah.

7 Habits of Highly Effective People 13 March,2008

Posted by zikrishairy in motivation & training.
2 comments

Minggu depan, 17-19 Mac saya akan berada di Kuala Lumpur untuk mengikuti sebuah kursus berkaitan “7 Habits of Highly Effective People”.

7habit-old.jpg

Dalam buku dan modul latihannya, Dr. Stephen R Covey menggagaskan 7 tabiat penting yang perlu dimiliki:

1. Be proactive

2. Begin with the end in mind

3. Put first thing first

4. Think win-win

5. Seek first to understand, then to be understood

6. Synergize

7. Sharpen the saw

…dan tidak lama selepas gagasan ini, Dr. Covey memperkenalkan tabiat yang ke-8 iaitu: “From Effectiveness to Greatness”.